Tuesday 19 August 2008

London- Lautan paling dalam

Siapa tak kenal London. Sebut saja orang sudah tahu ia merupakan bandar paling mahal. Sara hidup paling tinggi di dunia. Tidak mudah sampai disini. Tapi aku berada di tengah-tengah kota London. Buat apa?. Nanti akan diceritakan. Bersepah orang arab. Muka dia saja. Oxford Street. Edgware Road dan di mana-mana saja. Harrods salah satu gedung di tengah kota. Paling besar. Mahal dan gah. Masuk boleh tapi nak beli kena fikir banyak. Semua mahal. Tapi orang arab selamba keluar dengan beg penuh berisi. Tak pakai kad kredit. Keluar duit cash. Seribu pound di bayar secar selamba. Nak tahu berapa seribu pound. Duit Malaysia RM 6600. Banyak tu. Tapi bagi mereka taada hal. Small matter. Itulah dunia. Taraf berbeza.

Pembeli satu hal. Tapi yang aku nak cerita adalah tuan punya Harrods, Orang arab juga. Namanya, Muhammad Fayed. Bapa kepada Dodi Fayed yang meninggal dunia di dalam kemalagan kereta bersam puteri Diana satu ketika dulu. Mana dia dapat begitu banayk dunia hingga boleh bina empayer pasaraya yang begitu gah di mata dunia. Bukan itu saja. Dia juga taukeh pasukan bolasepak Fulham. Sama saperti bekas perdana menteri Thailand Thaksin yang memiliki pasukan bolasepak Manchester City. Macamana boleh kaya di bumi orang putih. Jawabnya senang saja. "Man jadda wajad". Ertinya siapa rajin dapat. Itulah dia. Di dalam lautan yang begitu bergelombang ada manusia boleh bina pulau.

Aku berada di sini. Buat apa?. Aku sedang cuci kereta. Bekerja sambilan di salah sebuah pusat mencuci kereta. Tidak susah, cuma perlu rajin berjalan dan jangan malu bertanya. Nampak ada peluang approach. Memang kalau di tanya adakah kerja kosong maka jawapanya. Sorry, NO. Tapi tanya balik. Hari sabtu dan ahad banyak kereta. Kamu tidak mahu pekerja tambahan. Maka di situ dia akan berfikir dan jika nasib baik akan diterima. Aku di terima untuk bekerja dua hari seminggu. Bila dah kerja jangan malas. Tunjukkan kesungguhan bekerja. Jangan curi tulang. Taukeh ada atau tidak ada , kerja tetap berjalan baik. Hasilnya.....

Se buah kereta masuk, warna putih. Aku sendiri tak pernah tengok apa jenis kereta tersebut. Tapi nombor pendaftaran dari Dubai. Pemandu tidak turun. Rakan di sebelahpun tidak turun. Keretanya agak kotor, di sana sini berminyak, mungkin dari perjalanan jauh. Aku dan seoarng lagi pekerja berasal dari Sudah. Bertungkus lumus membersihkan kereta tersebut. Pancut sana, pancut sini. Lepas dibasuh. Kami arahkan kereta itu di gerakkan ke hadapan untuk di keringkan. Pemandu keluar dan mengeluarkan dua not pound bernilai 20 pound setiap satu, Dia minta wangh itu diberikan kepada kami berdua. Budak-budak di bahagian lap dan kering bersorak. Mereka tahu kami dapat tip paling banyak hari itu. 20 Pound bersamaan RM 140. Banyak tu.

Itulah kisahnya. Bila rajian, apa pun boleh jadi. Tidak semudah itu untuk bekerja di kota London. Tidak semuadah itu mendapat tip RM 140. Tetapi semuaitu mudah bagi ku kerana aku tahu" Man jadda wajad". Episod seterus nanti.

No comments: